
Jom Jadikan Ramadan Ini Yang Paling Bermanfaat
INSPIRASI
Kompleks Pengajian Darul Wafa, Kuala Terengganu adalah kesinambungan daripada usaha kami dalam menyediakan pendidikan al-Quran & fardu ain yang menyentuh segenap lapisan masyarakat dari segi umur dan kemampuan kewangan.
Usaha ini dirintis dengan penubuhan cawangan pertama Maahad Tahfiz Darul Wafa, Seksyen 7, Shah Alam yang telah menyediakan pendidikan tahfiz percuma sejak tahun 2017, lebih-lebih lagi kepada golongan anak yatim dan miskin yang berminat untuk menghafal Al-Quran di situ.
Usaha ini kemudian diikuti dengan Rumah Ngaji Darul Wafa, Kg Durian Burung, Kuala Terengganu sebagai sebuah pusat pengajian Al-Quran dan fardu ain percuma untuk orang dewasa dan warga emas.
Cawangan 1: Maahad Tahfiz Darul Wafa di Seksyen 7, Shah Alam telah beroperasi sejak tahun 2017 dengan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor
Cawangan 2: Maahad Darul Wafa (Rumah Ngaji Darul Wafa) di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu telah beroperasi bermula tahun 2019
Pada tahun 2019, seorang hamba Allah telah mewakafkan tanah seluas 2.1 ekar bagi tujuan pembangunan sebuah pusat pengajian percuma. Tanah inilah kemudiannya dimanfaatkan sebagai tapak untuk pembinaan cawangan ke-3, Kompleks Pengajian Darul Wafa, Kuala Terengganu.
WAKAF NI MAMPU JIMATKAN RM120,000 SETAHUN!
Kos pengurusan di Maahad Tahfiz Darul Wafa, Seksyen 7, Shah Alam semakin meningkat. Sekarang ini, kami hanya menyewa sebuah rumah corner lot di Seksyen 7, Shah Alam dan dijadikan Maahad Tahfiz buat anak-anak yatim, miskin dan yang betul-betul ingin menghafal Al-Quran.
Bayangkan hidup di tengah-tengah bandar besar, di mana kos bahan mentah makanan terus melambung tinggi. Anak-anak Darul Wafa tidak pernah kami biarkan lapar. Setiap hari, kami pastikan mereka kenyang dengan makanan yang berkualiti—meskipun kos pengurusan kami terus meningkat.
Namun, perjuangan ini tidak berhenti di situ.
Guru-guru Al-Quran yang mendidik jiwa mereka adalah tunjang utama. Kami menjaga kebajikan guru-guru ini sebaik mungkin, termasuk memberikan elaun perumahan. Kami yakin, guru yang hidup selesa dapat memberikan seluruh perhatian dan kasih sayang mereka untuk melahirkan generasi anak-anak yang mencintai Al-Quran.
Tetapi kini, kami memerlukan tangan-tangan penyayang seperti anda.
Pembinaan Kompleks Pengajian Percuma Darul Wafa, Kg Atas Tol, Terengganu adalah impian besar kami. Impian untuk menyediakan tempat yang lebih baik dan lebih selesa buat anak-anak Darul Wafa. Dengan bangunan ini, mereka akan belajar, tinggal, dan membesar dalam suasana yang kondusif.
Kami ingin menyiapkan bangunan ini secepat mungkin, tetapi kami tidak mampu melakukannya sendirian.
Jadilah sebahagian dari impian ini.
Jadilah insan yang mewarnai masa depan anak-anak ini dengan ilmu dan kasih sayang.
Daripada anda, untuk mereka. Daripada kita, untuk Allah.
RANCANGAN
Tapak pembinaan Kompleks Pengajian Percuma Darul Wafa terletak di Kg Atas Tol, Kuala Terengganu. Kompleks ini merangkumi pelbagai bangunan untuk tujuan pengajian agama termasuklah:
-
Surau Darul Mubarak (3 Tingkat)
-Tingkat 1: Ruang solat
-Tingkat 2: Bilik-bilik kuliah pengajian
-Tingkat 3: Asrama pelajar Maahad (anak yatim dan fakir miskin) - Pondok (penempatan pelajar dewasa dan berusia)
- Gazebo tempat pengajian terbuka
- Homestay
Tapak Pembinaan Kompleks Darul Wafa di Kg Atas Tol, 21070 Kuala Terengganu
Untuk fasa pertama penubuhan kompleks ini, kerja-kerja difokuskan untuk pembinaan bangunan Surau Darul Mubarak (3 Tingkat) dan pondok warga emas terlebih dahulu. Pembinaan bangunan lain tidak dapat dilaksanakan lagi disebabkan kekangan kewangan dan masa.
Surau Darul Mubarak adalah sebuah surau 3 tingkat yang dilengkapi kemudahan lif buat warga emas. Tingkat 1 adalah ruangan solat dengan kapasiti jemaah 500-600 orang. Tingkat 2 adalah bilik-bilik kuliah untuk kegunaan para pelajar maahad dan warga emas. Manakala tingkat 3 bakal menjadi asrama buat para pelajar termasuk anak yatim dan fakir miskin. Surau ini bakal digunakan untuk solat dan kelas pengajian Al-Quran dan fardu ain percuma untuk penuntut di pondok, anak-anak pelajar serta warga sekitar.
DANA PEMBANGUNAN
SURAU DARUL MUBARAK
Jumlah Terkini
RM {nilai_semasa}
Sasaran RM {nilai_sasaran}
PERKEMBANGAN
Alhamdulillah, berkat sumbangan daripada orang ramai pembinaan Surau Darul Mubarak sudah pun hampir 65% siap. Manakala pembinaan pondok warga emas pula sudah hampir 60%.
Perkembangan terkini status pembinaan (Mac 2024)
JANJI ALLAH PADA MEREKA YANG BERSEDEKAH
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Al-Baqarah 2:261
Bayangkan setiap kali kita memberi, Allah melipatgandakan ganjarannya, lebih-lebih lagi jika sumbangan itu membantu mereka yang memerlukan seperti anak-anak yatim , pelajar tahfiz , atau pembinaan rumah Allah .
Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa kita merebut peluang ini !
BAGAIMANA TUAN PUAN BOLEH MEMBANTU ?
Infaq secara online dengan mudah
- Pilih pakej sumbangan yang anda mahu
- Klik pada pakej
- Anda akan dibawa terus ke 'payment gateway' untuk sumbangan secara online banking
atau menyumbang secara manual ke
NAMA AKAUN
Maahad Tahfiz Darul Wafa
BANK
Bank Islam Malaysia Berhad
NOMBOR AKAUN
12038010147448
dengan rujukan: 'DARUL WAFA'
sebarang soalan boleh hubungi kami di:
+60 11-1493 4651 (Ust Syarifuddin)
Sesungguhnya sumbangan tuan puan amat berharga dan menjadi saham akhirat buat kita semua.
Sabda Nabi SAW: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim).
TERIMA KASIH
PENAFIAN:
Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz,
cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos pengurusan.
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi :
i)
+6011-1493 4651
(Ust Syarifuddin)