AYUH MENYUMBANG KE KOMPLEKS PENGAJIAN PERCUMA DARUL WAFA'

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” 
(Surah al-Hadid: 18)



INSPIRASI


Kompleks Pengajian Darul Wafa, Kuala Terengganu adalah kesinambungan daripada usaha kami dalam menyediakan pendidikan al-Quran & fardu ain yang menyentuh segenap lapisan masyarakat dari segi umur dan kemampuan kewangan.


Usaha ini dirintis dengan penubuhan cawangan pertama Maahad Tahfiz Darul Wafa, Seksyen 7, Shah Alam yang telah menyediakan pendidikan tahfiz percuma sejak tahun 2017, lebih-lebih lagi kepada golongan anak yatim dan miskin yang berminat untuk menghafal Al-Quran di situ.


Usaha ini kemudian diikuti dengan Rumah Ngaji Darul Wafa, Kg Durian Burung, Kuala Terengganu sebagai sebuah pusat pengajian Al-Quran dan fardu ain percuma untuk orang dewasa dan warga emas.


Cawangan 1: Maahad Tahfiz Darul Wafa di Seksyen 7, Shah Alam telah beroperasi sejak tahun 2017 dengan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor


Cawangan 2: Maahad Darul Wafa (Rumah Ngaji Darul Wafa) di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu telah beroperasi bermula tahun 2019


Pada tahun 2019, seorang hamba Allah telah mewakafkan tanah seluas 2.1 ekar bagi tujuan pembangunan sebuah pusat pengajian percuma. Tanah inilah kemudiannya dimanfaatkan sebagai tapak untuk pembinaan cawangan ke-3, Kompleks Pengajian Darul Wafa, Kuala Terengganu.




RANCANGAN


Tapak pembinaan Kompleks Pengajian Percuma Darul Wafa terletak di Kg Atas Tol, Kuala Terengganu. Kompleks ini merangkumi pelbagai bangunan untuk tujuan pengajian agama termasuklah:

  1. Surau Darul Mubarak (tempat solat dan kuliah pengajian)
  2. Pondok (penempatan pelajar dewasa)
  3. Gazebo tempat pengajian terbuka
  4. Bangunan asrama pelajar maahad
  5. Kelas pengajian pelajar maahad
  6. dll

Tapak Pembinaan Kompleks Darul Wafa di Kg Atas Tol, 21070 Kuala Terengganu


Untuk fasa pertama penubuhan kompleks ini, kerja-kerja difokuskan untuk pembinaan Surau Darul Mubarak dan pondok warga emas terlebih dahulu. Pembinaan bangunan lain tidak dapat dilaksanakan lagi disebabkan kekangan kewangan dan masa.


Surau Darul Mubarak adalah sebuah surau 2 tingkat dengan kapasiti jemaah 500-600 orang. Surau ini bakal digunakan untuk solat dan kelas pengajian Al-Quran dan fardu ain percuma untuk penuntut di pondok, anak-anak pelajar serta warga sekitar.


DANA PEMBANGUNAN
SURAU DARUL MUBARAK

Jumlah Terkini

RM {nilai_semasa}

0%

Sasaran RM {nilai_sasaran}



PERKEMBANGAN


Alhamdulillah, berkat sumbangan daripada orang ramai pembinaan Surau Darul Mubarak sudah pun hampir 65% siap. Manakala pembinaan pondok warga emas pula sudah hampir 60%.


Perkembangan terkini status pembinaan (Mac 2024)



JANJI ALLAH PADA MEREKA YANG BERSEDEKAH


مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ 


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Surah Al-Baqarah 2:261



BAGAIMANA TUAN PUAN BOLEH MEMBANTU ?


Infaq secara online dengan mudah

  1. Pilih pakej sumbangan yang anda mahu
  2. Klik pada pakej 
  3. Anda akan dibawa terus ke 'payment gateway' untuk sumbangan secara online banking


atau menyumbang secara manual ke

NAMA AKAUN
Maahad Tahfiz Darul Wafa

BANK
Bank Islam Malaysia Berhad

NOMBOR AKAUN
12038010147448

dengan rujukan: 'DARUL WAFA'


sebarang soalan boleh hubungi kami di:
+60 11-1493 4651 (Ust Syarifuddin)

Sesungguhnya sumbangan tuan puan amat berharga dan menjadi saham akhirat buat kita semua.

Sabda Nabi SAW: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim).

TERIMA KASIH  


PENAFIAN:
Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz, 
cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos pengurusan.
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi : 
i)   +6011-1493 4651   (Ust Syarifuddin)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Tajaan Gold RM500
Pakej Tajaan Silver RM300
Pakej Tajaan Bronze RM200
Pakej Infaq RM50
Pakej Infaq RM20
Pakej Infaq RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Maahad Tahfiz Darul Wafa
darulwafa.marketing@gmail.com
+601114934651